Tuesday, February 23, 2016

1.3 OBJEKTIF



1.    Membantu mengatasi masalah pengeringan ikan pada waktu hujan dan mendung.

2.    Meningkatkan pengeluaran ikan kering dalam tempoh masa yang singkat.

3.    Mengekalkan kualiti ikan dan ketahanan ikan.


4.    Mengelakkan ikan dari terdedah dengan lalat(serangga perosak) dan bakteria.

PERNYATAAN MASALAH


Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha:
1.    Perubahan cuaca yang tidak menentu.

2.    Pengambilan masa yang lama untuk pengeringan ikan.

3.    Pembiakan bakteria dan kuman dari serangga perosak.

4.    Kualiti ikan terjejas disebabkan kelembapan udara.



1.1PENGENALAN PROJEK


Pengering ikan sebenarnya tidak harus selalu dilakukan dengan bantuan sinaran matahari secara langsung (penjemuran) kerana ikan dapat dikeringkan tanpa bantuan sinar matahari secara langsung, contohnya melalui pengovenan. Teknologi pengeringan ikan menggunakan mikro pengawal ini dapat digunakan pada semua jenis ikan air tawar mahupun ikan air masin. Yang harus diperhatikan kesamaan ketebalan isi ikan dalam proses pengeringan tersebut. Kerana semakin tebal isi ikan akan membuatkan proses pengeringan lambat dan justeru dapat mengurangkan kualiti dari ikan  yang akan dikeringkan tersebut.

Ikan hasil daripada proses pengeringan mikro pengawal ini memiliki kelebihan berbanding dengan ikan yang dikeringkan dengan cara penjemuran. Kerana kualiti ikan yang dikeringkan dengan kaedah penjemuran mudah terdedah terhadap serangan lalat dan kontaminasi kotoran selama penjemuran . Hal ini dapat mempengaruhi daya ketahanan ikan. Kaedah penjemuran ini jika tidak sempurna akan menyebabkan ikan mudah busuk  kerana serangan lalat,langau dan kutu.Oleh itu kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu projek yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran jumlah ikan masin bagi industri pengeringan ikan masin.